SEJARAH MASIH RELEVEN


Sejak akhir-akhir ini telah timbul persoalan apakah sejarah masih releven kepada disiplin akademik dan kepada masyarakat secara umum. Isu ini timbul kerana sudah terdapat rungutan di kalangan pelajar sekolah, penuntut universiti dan orang ramai yang tidak dapat melihat kegunaan sejarah dalam kehidupan harian dan relevennya kepada pembangunan negara. Sejarah sering dianggap suatu subjek yang tidak mempunyai nilai komersil. 

Ramai yang lupa bahawa sejarah merupakan kajian tentang masa lampau yang meliputi semua aktiviti manusia yang releven bagi masa kini dan masa hadapan. Harus diingat bahawa tanpa memahami masa lampau, kita tidak akan dapat memahami masa sekarang dan tanpa mememahami masa kini kita tidak dapat menentukan masa akan datang. Kemampuan sejarah untuk menggunakan pengalaman masa lampau bagi memberi petunjuk (clue) kepada masa depan dan menggunakan masa kini untuk menjelaskan masa lampau menyebabkan sejarah amat berguna dalam semua kajian akademik.

No comments:

Post a Comment