SEJARAH ASAL USUL KG. BATANG MELAKA


SEJARAH KAMPUNG BATANG MELAKA, MELAKA

Kampung Batang Melaka adalah sebuah mukim dalam daerah Jasin, negeri Melaka, Malaysia. Pekan Batang Melaka pula adalah sebuah pekan kecil yang sebahagian daripadanya dalam daerah Jasin negeri Melaka dan sebahagian lagi dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan. Sempadan bagi kedua negeri Melaka dan Negeri Sembilan pekan Batang Melaka adalah ditengah-tengah pekan Batang Melaka, yang mana terdapat papan tanda memasuki negeri Melaka/Negeri Sembilan. Menurut orang-orang kampung terdahulu, tokoh yang telah membuka Kampung Batang Melaka adalah Penghulu Sohib, Demang Haji Manaf dan Panglima Mat Takeh. Menurut mereka lagi, anggaran masa pembukaan kampun ini adalah 2 keturunan terdahulu sebelum lahirnya Sidang Hasan dilahirkan. 
Setelah memberitahu kewujudan kampung mereka turut menyatakan bahwa Kampung Batang Melaka, terdapat seorang sahaja penghulu pada zaman dahulu. Dikatakan jawatan penghulu adalah jawatang yng tertinggi dalam organisasi kampung. Akan tetapi, zaman sekarang telah berubah dimana satu peghulu untuk satu DUN kawasan.
Jumlah sidang pula berdasarkan jumlah penduduk kampung. Seperti di Kampung Batang Melaka, terdapat 3 orang sidang yang bertugas disebabkan peningkatan jumlah penduduk yang semakin ramai. Terdapat beberapa suku kaum yang merupakan penduduk asal tetap yang menetap di kampung tersebut. Antaranya ialah Suku 3 Batu, Suku Mungkal, Suku Seri Melenggang, Suku Biduanda. 
Terdapat juga beberapa nama yang pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Kampung ataupun Tok Sidang dari awal kampung dibuka sehingga yang terkini. Antaranya ialah, Sidang Wahab, Sidang Idris, Sidang Daud, Sidang Alias, Sidang Hasan Osman, Sidang Dahan Sidek dan Sidang Mat Jani Jendol. Semasa pembukaan Kampung Batang Melaka,terdapat peristiwa-peristiwa 
aneh berhubung kait dengan pembukaan kampung ini.Pada mulanya pokok-pokok yang ditebas untuk meneroka tanah akan tumbuh semula pada keesokan harinya. Lalu, untuk menyelesaikan masalah itu, orang kampung telah meminta bantuan Pawang Taumat. 
Selepas kejadian itu berakhir, penduduk semakin biasa memanggil beliau degan meminta bantuan terutamanya untuk majlis kenduri kendara. Menteranya cukup untuk meminjamkan kelengkapan kenduri dengan syarat dipulangkan semula meskipun ia pecah. Namun begitu, penduduk yang degil telah melanggar pantangnya lantas kampung tersebut dilanda banjir. 
Di Kampung Batang Melaka, terdapat  seni bina atau tinggalan lama berkait rapat dengan sejarah kampung ini iaitu masjid lama tetapi, ia telah dirobohkan atas faktor keselamatan. Selain itu, terdapat batu nisan daripada salah seorang pembuka kampung ini dikatakan `hidup’ kerana semakin lama semakin meninggi. Batu nisan itu pernah patah sebanyak dua kali namun ia meninggi semula. 
Kami cuba bertanyakan sama ada sesiapa yang lebih arif tentang dokumen bertulis mengenai sejarah Kampung Batang Melaka. Namun siapa sangka buku tentang sejarah kampung itu, yang telah ditulis oleh seorang pensyarah pencen dan kini menetap di Kuala Lumpur,hilang didalam simpanan sewaktu buku tersebut dimiliki Sidang Hasan. 
Bagi sosio ekonomi di Kampung Batang Melaka, terdapat 6000 penduduk secara menetap di kampung tersebut manakala di dalam jumlah tersebut, 2000 ataupun lebih telah melepasi umur 21 tahun dan layak mengundi. Mengikut peratusan kaum, seramai 4,400 penduduk dari bangsa Melayu, 1000 penduduk dari bangsa Cina, dan 600 penduduk merupakan penduduk dari bangsa India. Penduduk yang selebihnya merupkan bagsa `Lain-lain’. 
Majoriti dari penduduk menjadikan pertanian terutamanya menoreh getah sebagai kegiatan ekonomi utama penduduk kampung itu. Manakala golongan minoriti terdiri daripada penjawat awam dan penganggur. Dari segi adat yang masih diamalkan oleh penduduk kampung ialah Adat Perpatih. Akan tetapi, adat itu telah diubahsuai sedikit mengikut sensitiviti umat islam. 
Pada dahulunya, sewaktu islam masih belum sepenuhnya kukuh, penduduk telah megamalakn “Kenduri Tahlil Kubur’’. Di dalam majlis itu, makanan akan dibawa oleh semua penduduk kampung. Kemudian, tahlil akan diadakan. Seterusnya makanan tersebut akan dimakan oleh mereka. Akan tetapi, adat tersebut dianggap telah melanggar syariat agama islam sendiri dan akhirnya ia tidak lagi diamalkan sekarang.

3 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu, saya sangat berminat utk mengetahui lebih dalam sejarah kg/pekan btg melaka ni, jika cikgu tahu lebih banyak sejarah berkenaan kg/pekan btg melaka ini. saya merupakan pelajar tahun akhir sarjana muda yang akan mengkaji kawasan batang melaka. ini sangat membantu tugasan akhir saya jika cikgu respond pada comment saya. Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.. Selesai x tugasan akhir berkaitan btg melaka?

      Delete